fbpx

Nenek gembira akhirnya bertemu jodoh pada usia 66 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nenek Wellu dan Baruddin disatukan dalam majlis serba ringkas. – Istimewa

JAKARTA – Seorang warga emas dari Sulawesi Selatan meluahkan rasa kesyukuran kerana penantiannya untuk bertemu jodoh berakhir meskipun pada usia 66 tahun, lapor laman berita Detik hari ini.

Warga emas dikenali sebagai Nenek Wellu itu bertemu jodoh dengan lelaki yang sudah lama menyukainya, Baruddin, 71.

Menurut wanita itu, ia merupakan perkahwinan pertamanya dan bagi Baruddin, ia adalah perkahwinan kedua. 

“Dia sudah lama berharap untuk menjadi pasangan hidup saya. Ramai perempuan yang suka kepadanya, namun dia tetap memilih saya.

“Bahkan anak Baruddin juga pernah berkata bahawa dia tidak mengizinkan bapanya berkahwin lagi kalau bukan dengan saya. Sudah lama dia berharap untuk memperisterikan saya,” kata Nenek Wellu.

Sementara itu, berita mengenai perkahwinan Nenek Wellu dan Baruddin menjadi tular selepas dimuat naik di media sosial.

Berdasarkan satu hantaran yang tular, pernikahan kedua-dua mereka dikatakan dapat menjadi motivasi kepada mereka yang sudah berusia namun masih belum bertemu jodoh.

“Detik adalah jalan, ‘limit’ sejarah kilas balik kenangan. Seminit ke hadapan mimpi menuai harapan. Selangkah kemudian indah bertakhta nyaman.

“Semoga diberi kenikmatan di dunia dan akhirat,” tulis keterangan pada hantaran tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI