fbpx

Majoriti rakyat Rusia setuju serang Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang askar Ukraine memeriksa senjata ketika berkawal di sebuah lokasi di wilayah Lugansk pada 21 Januari baru-baru ini. – AFP

MOSCOW – Satu tinjauan pendapat menunjukkan bahawa separuh daripada keseluruhan rakyat Rusia percaya negara mereka melakukan tindakan tepat untuk menggunakan kekerasan tentera bagi menghalang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menguasai Ukraine.

Bagi 50 peratus rakyat Rusia, mereka percaya tindakan Presiden Vladimir Putin menggunakan tentera untuk menghalang Ukraine menyertai NATO adalah wajar , demikian menurut tinjauan pendapat yang dilakukan  oleh saluran berita CNN.

Hanya 25 peratus rakyat Rusia dalam tinjauan sama  mengatakan bahawa tindakan menyerang Ukraine adalah salah dan tidak wajar.

Bagaimanapun, tinjauan sama mendapati  43 peratus rakyat Rusia percaya bahawa tindakan menyerang Ukraine adalah salah jika bertujuan untuk ‘menyatukan semula Rusia dan Ukraine’ berbanding 36 peratus yang bersetuju.

Hos televisyen Rusia dan wartawan, Vladimir Pozner memberitahu bahawa tinjauan pendapat itu menonjolkan kepercayaan umum di kalangan rakyat Rusia bahawa tindakan Ukraine menyertai NATO akan mengancam Rusia

“Ia bercakap dengan pandangan bahawa, sekiranya Ukraine menjadi anggota NATO dan sekiranya pasukan NATO dikerahkan di depan pintu Rusia, itu akan menjadi ancaman maka ia  tidak boleh dibenarkan,” kata Pozner.

Putin berkata, krisis itu hanya akan diselesaikan jika Ukraine menolak tawaran menyertai NATO, mengisytiharkan daerah berkecuali dan berunding dengan kumpulan pemisah yang pro-Rusia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI