fbpx

Lelaki didakwa sebabkan cedera parah guna parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V. Lingkswaran didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada dua individu menggunakan sebilah parang minggu lalu. -ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada dua individu menggunakan sebilah parang minggu lalu.

Tertuduh, V. Lingkswaran, 25, bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Dia dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap P. Navaneshwaran, 24, dan N. Laxmi, 29, menggunakan sebilah parang iaitu senjata berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Penyelia pengangkutan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan Sekolah, Guntong di sini pada pukul 11 malam, 19 Februari 2022.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh diwakili peguam, Dayang Nor Emilia Azman Shah.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh setelah mengambil kira rumah lelaki terbabit dan mangsa-mangsa yang terlibat adalah berhampiran.

Malah, pihak pendakwaan berkata, kes itu merupakan kesalahan berat yang melibatkan kecederaan parah kepada mangsa dengan menggunakan senjata.

“Sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pihak pendakwaan menawarkan RM10,000 dengan seorang penjamin dan mohon syarat tambahan dikenakan ke atas tertuduh,” ujar Afiqa Liyana.

Dayang Nor Emilia bagaimana pun memohon mahkamah membenarkan jaminan diberikan kepada anak guamnya dengan jumlah paling minimum.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan lain sehingga kes selesai selain melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Mahkamah menetapkan 20 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Tertuduh membayar jaminan berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI