fbpx

Jason Kenny umum persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENNY membuat keputusan untuk bersara dan beralih ke bidang kejurulatihan bersama pasukan Britain. – AFP

LONDON – Selepas mengecapi kejayaan dengan meraih tujuh pingat emas di temasya Sukan Olimpik, jaguh berbasikal Great Bri­tain, Jason Kenny akhir­nya membuat keputusan untuk bersara dari arena perlumbaan tersebut.

Kenny yang kini berusia 33 tahun membuat keputusan itu untuk beralih ke bidang kejurulatihan bagi membantu negaranya melahirkan lebih ramai atlet terbaik dalam acara berbasikal trek.

Sebelum ini, Kenny dikatakan ingin meneruskan misinya bersaing di Olimpik Paris 2024, namun terpaksa melupakan hasrat tersebut terutama memikirkan soal perjalanan kariernya pada masa akan datang selain dihimpit masalah kecederaan.

“Sebahagian besar daripada perancangan saya adalah ingin sertai Paris 2024 dan pastinya saya sedikit sedih kerana tidak dapat melakukannya.

“Saya akui peluang untuk menjadi jurulatih bersama pasukan berbasikal Britain mungkin tidak akan datang lagi selepas ini. Jadi, saya fikir ini adalah masa terbaik untuk berbuat demikian,” katanya.

Sebagai rekod, Kenny yang meraih Anugerah Kesatria baru-baru ini telah mencapai pelbagai kejayaan membanggakan terutama di Sukan Olimpik antaranya membantu Britain meraih emas dalam acara pecut berpasukan di Beijing 2009, London 2012 dan Rio 2016.

Dalam acara pecut individu, Kenny meraih emas pada Olim­pik 2012, 2016 dan Tokyo 2020, manakala dalam acara keirin pada 2016 dan 2020.

“Kejayaan meraih emas dalam keirin di Tokyo adalah detik terindah buat saya. Bagi saya ia adalah satu perlumbaan yang menakjubkan, namun malangnya itu menjadi perlumbaan terakhir saya,” tambah Kenny. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI