fbpx

Hujan lebat, ribut petir di empat negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal berlaku di empat negeri malam ini.

Menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 10 malam nanti.

“Hujan lebat serta ribut petir bakal berlaku di keseluruhan negeri Melaka, manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi.

“Selain itu, keadaan yang sama dilihat tertumpu di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit dan Bintulu (Tatau dan Sebauh) di Sarawak,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, bagi negeri Sabah, hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di sekitar Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan serta Kudat malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI