fbpx

Sungai Jenob lepasi paras amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini paras air Sungai Golok berhampiran pangkalan haram Pohon Jambu, Rantau Panjang. - IHSAN NASRAN ARJUNA

KOTA BHARU – Hujan berterusan sejak malam tadi menyebabkan air Sungai Jenob, Tanah Merah sudah melepasi paras bahaya.

Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai itu berada tahap 23.5 meter sekali gus melepasi normal 19 meter.

Sementara itu, dua batang sungai iaitu Sungai Lebir, Kampung Tualang dan Sungai Nal, Kuala Krai kini berada pada tahap amaran.

Dalam perkembangan lain Jabatan Meteorologi Malaysia amaran hujan berterusan peringkat bahaya akan melanda Kelantan bermula esok.

Sehubungan dengan itu, penduduk di kawasan rendah dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan banjir. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI