fbpx

Golongan agamawan dinasihat hentikan perbalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (tengah) menyerahkan sumbangan SPM dan STAM 2021 kepada wakil sekolah di Taiping hari ini.- Wat Kamal Abas

TAIPING – Golongan agamawan yang dilihat bercakaran sesama sendiri dalam media sosial dinasihatkan segera menghentikan perbuatan itu.

Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad meminta mereka tidak lagi saling berdebat antara satu sama lain secara terbuka kerana boleh mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan umat islam.

“Nasihat saya hentikanlah segera perdebatan yang tiada pengakhiran dan lebih baik memberi tumpuan pada kemaslahatan umat Islam abad ini.

“Lebih baik berdamai dan masing -masing bermuhasabah diri dan memperbetulkan keadaan semula,” ujarnya,” katanya selepas hadir pada majlis penyampaian sumbangan kepada calon SPM dan STAM 2021 di sini hari ini.

Menurut Idris, golongan gamawan yang mungkin mempunyai pendapat berbeza seharusnya berbincang secara tertutup dan bukan dihebahkan kepada awam.

“Mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza tidak menjadi masaalah tetapi bila dipertontonkan kepada umum pastinya akan menjadi pencetus perbalahan sesama agamawan.

“Kesannya menyebabkan umat yang kurang pengetahuan agama akan berpecah belah menjadi berpuak-puak kerana ketaksuban terhadap agamawan yang mereka lebih cenderung.

“Akhirnya juga akan menyebabkan orang yang ingin dekat pada agama akan semakin menjauh,” katanya.

Sebaiknya ujar Idris, jika ada pandangan yang berbeza dan ingin berbincang hendaklah dibuat secara tertutup. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI