fbpx

Ferrari mula rasai aura jentera baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC berjaya mencatat masa kedua terpantas pada sesi ujian pramusim pertama di Litar Catalunya, Barcelona kelmarin. – AFP

BARCELONA – Pemandu Ferrari, Charles Leclerc enggan mudah berpuas hati dengan keputusan yang dicapai pada hari pertama ujian pramusim 2022 selepas mencatat permulaan baik ketika turun menguji potensi jentera Scuderia Ferrari F1-75 2022 semalam.

Leclerc merekodkan catatan kedua terpantas, manakala rakan sepasukannya, Carlos Sainz di kedudukan ketiga terbaik ketika melakukan sesi ujian di Litar Catalunya.

Pemandu kelahiran Monte Carlo, Monaco tersebut yakin bahawa ketika ini banyak pasukan yang enggan membuktikan kekuatan jentera masing-masing pada sesi kali ini.

“Benar segalanya berjalan dengan baik meskipun ini kali pertama kami turun menguji jentera 2022 ini. Perasaan saya amat baik dan pastinya saya tidak sabar untuk melihat kemampuan sebenar jentera ini esok.

“Apa pun, keputusan ini bukanlah catatan terbaik bagi semua pasukan dan saya yakin bahawa mereka masih menyembunyikan potensi sebenar jentera masing-masing.

“Kini, kami perlu fokus dan terus bekerja keras. Kami mahu memanfaatkan masa yang ada untuk menutup segala ruang kelemahan sebelum perlumbaan sebenar bermula nanti. Buat masa ini segalanya berjalan de­ngan positif.

“Kami harap tahun ini, Ferrari bergerak ke arah tepat terutama menjadi salah satu pasukan yang digeruni sekali lagi,” kata Leclerc.

Pada sesi ujian tersebut, Lando Norris (McLaren) merekodkan masa terpantas dengan catatan satu minit 19.569s (saat), manakala Leclerc dan Sainz ma­sing-masing mencatatkan masa kurang daripada satu saat berbanding Norris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN