fbpx

Char Kuey Teow di Adya Corner jadi pilihan pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad menunjukkan dua hidangan popular di Adya Corner di Langkawi baru-baru ini.

LANGKAWI – Mencari kelainan untuk menikmati makan malam hasil air tangan cef secara santai di pekarangan premis hotel?

Kini orang ramai boleh berkunjung ke Adya Hotel yang terletak di lokasi strategik di Kuah di sini.

Hotel tersebut menawarkan menu istimewa utama berupa Char Kuey Teow, mi goreng dan juga minuman yang dihidangkan setiap hari di Adya Corner bermula pukul lima petang hingga 11 malam.

Eksekutif Cef Adya Hotel, Ahmad Ali, 59, berkata, idea jualan makanan di luar premis hotel itu bermula pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu bagi menambah pendapatan sam­pingan hotel yang menerima im­pak besar ekoran pandemik Covid-19.

“Pada mulanya, kami ha­nya menjual makanan untuk dibawa pulang termasuk nasi kandar, pelbagai hidangan nasi dan juga manisan Madu 3 yang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pe­langgan.

“Kini selepas pembukaan ekonomi dan pelancong mula berkunjung ke Langkawi, Adya Corner terus dibuka dengan memberi peluang kepada orang ramai menikmati makanan secara santai di luar premis hotel,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Ahmad yang berpengalaman dalam bidang masakan selama 30 tahun itu menjelaskan, menu Char Kuey Teow yang diolah resepi bagi menghasilkan rasa yang lebih enak itu menawarkan pilihan makanan laut segar seperti kerang dan udang.

Harga yang ditawarkan adalah antara RM7 hingga RM9 sepinggan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI