fbpx

Binalah rumah yang benar-benar mampu dimiliki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Hasrat kerajaan untuk membina sebanyak 500,000 unit rumah mampu milik khusus kepada golongan B40 dan M40 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), pastinya memberi kelegaan kepada orang ramai khususnya yang masih belum memiliki rumah sendiri.

Jika rumah-rumah itu terbina kelak, mudah-mudahan akan memberi lebih ruang dan peluang kepada golongan rakyat berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 untuk merancang pembelian rumah sendiri khususnya di kawasan-kawasan bandar seperti di Lembah Klang.

Tanpa adanya rumah-rumah mampu milik tersebut, mungkin agak mustahil untuk golongan B40, malah kepada sebahagian golongan M40 juga untuk membeli rumah sendiri kerana harga rumah ketika ini boleh dikatakan di luar kemampuan mereka.

Persoalannya sekarang, berapakah harga rumah mampu milik yang dirancang oleh kerajaan dalam RMK-12 itu nanti? Jika harga jualan rumah mampu milik itu sama seperti sekarang iaitu antara RM250,000 hingga RM300,000, nampaknya mungkin ramai dalam kalangan B40 akan berputih mata rasanya.

Realitinya, jika harga jualan rumah itu nanti sama seperti sekarang, mungkin akan menyukarkan golongan itu untuk membeli rumah sendiri. Apatah lagi jika harganya nanti lebih mahal. Jadi impian untuk melihat lebih ramai dalam kalangan B40 tidak berterusan hidup menyewa mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Dengan pendapatan sekitar RM5,000 sebulan misalnya, kebanyakan golongan B40 sebenarnya hanya mampu membeli rumah pada harga sekitar RM180,000 atau bawah RM200,000 seunit. Itu pun mereka perlu membayar bulanan sekitar RM1,800 selama 30 tahun.

Untuk itu, jika benar kerajaan berhasrat untuk melihat lebih ramai golongan B40 memiliki rumah sendiri, maka kerajaan juga sebenarnya harus bersedia untuk membina rumah mampu milik pada harga yang benar-benar mampu dimiliki oleh golongan itu.

Paling penting ketika ini ialah, kerajaan perlu merancang dan memikirkan cara bagaimana untuk membina rumah dengan kos yang lebih kompetatif tanpa mengabaikan aspek kualiti supaya harga yang ditawarkan kelak benar-benar ‘mampu dimiliki’ berteraskan kepada pendapatan golongan B40 termasuk juga sebahagian golongan M40.

Dengan cara ini, hasrat kerajaan untuk memastikan lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri, insya-Allah boleh menjadi kenyataan. Dalam pada itu, kerajaan juga kena pastikan rumah-rumah itu pula benar-benar dijual kepada mereka yang sepatutnya, bukannya kepada orang-orang yang telah ada empat lima buah rumah.

Maklumlah, bila rumah boleh dibeli pada harga mampu milik, maka ramailah yang berduit ambil kesempatan dan turut berhajat kepada rumah-rumah yang dibina khusus kepada golongan B40. Jika ini terjadi, sampai bila pun hasrat untuk melihat golongan B40 memiliki rumah sendiri tidak akan tercapai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI