fbpx

Belum pasti punca kematian bayi 2 bulan akibat kecuaian hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan adik-beradik, Nur Amira Natasha, 12, (kiri) dan adiknya Muhammad Amar Aqif Ramadzan, 8 (kanan) bersama ibu, Mazlina Mohd. Salleh, 48, (tengah) ketika hadir dalam Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak Kebangsaan (PICKids) di Sekolah Kebangsaan Wira, Kuantan, di sini hari ini. FOTO: Shaikh Ahmad Razif

Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB

KUANTAN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan insiden kecuaian kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang didakwa menyebabkan seorang bayi berusia dua tahun meninggal dunia, 18 Februari lalu masih lagi dalam siasatan.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, pihaknya belum dapat memastikan lagi faktor kecuaian yang didakwa menjadi antara punca kematian bayi tersebut.

“Seperti dinyatakan Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin sebelum ini, siasatan masih lagi dijalankan dan setakat ini kita tiada sebarang maklumat.

“Jadi kita tunggu maklum balas dari pihak pengurusan hospital, bila kita dapat maklumat dan keputusan (siasatan), kita akan nyatakan,”katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja, Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak Kebangsaan (PICKids) Pahang di Sekolah Kebangsaan (SK) Wira, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.

Semalam media melaporkan ibu bapa bayi lelaki yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di HRPZ II, Kelantan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan kerana didakwa cuai.

Bayi lelaki, Muhammad Hilman Firdaus Muhammad Hilmi berusia dua bulan disahkan meninggal dunia pukul 4.30 petang, Jumaat lalu selepas didakwa diberikan susu rosak dan diberikan ubat tidur tanpa kebenaran keluarga, selain dipaksa berpuasa lima hari.

Ibunya, Rosilawati Ismail, 26, berkata, keputusan tersebut dibuat demi mendapatkan pembelaan di atas kematian Muhammad Hilman Firdaus dan keluarganya sudah melantik peguam untuk mengendalikan kes itu.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan PICKids yang dilancarkan 3 Februari lalu, katanya sebanyak 58 kes telah dilaporkan melalui MySejahtera yang mempunyai kesan sampingan selepas menerima suntikan.

“Setakat ini, 57 kes membabitkan gejala ringan seperti demam, kemerahan dan sengal manakala satu kes lagi dikategorikan sebagai serius. Hasil siasatan mendapati kanak-kanak berkenaan mempunyai sejarah menghidap asma.

“Untuk makluman kanak-kanak itu kerap kali masuk hospital sebelum menerima vaksin tersebut dan rawatan sudah diberikan dan kanak-kanak berkenaan sudah pulih,”katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI