fbpx

‘Abang Qu’ PA baharu Vida, terima gaji RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Datuk Seri Vida mengumumkan kemasukan pembantu peribadinya yang baharu

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida akhirnya mengumumkan secara rasmi pembantu peribadi (PA) yang baharu bagi menggantikan Iqbal Zulkefli sebelum ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya semalam, Vida memperkenalkan pembantu peribadinyanya yang dikenali sebagai Abang Qu.

Katanya, dia juga telah menerima banyak permohonan daripada orang ramai yang berminat untuk mengisi kekosongan sebagai PA, namun dia lebih tertarik dengan personaliti yang ada pada Abang Qu.

“Ramai yang hantar resume, semua hebat-hebat.

“PA baru saya ini dikenali sebagai Abang Qu, dia pemalu sikit orangnya, saya pula jenis seronok selalu, tak tahu macam mana nanti. Doakan semoga kemasukannya ini memberi barokah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Vida turut mendedahkan bayaran gaji yang diberikan kepada PA baharunya sebanyak RM10,000 seperti mana yang diiklankannya pada Disember lalu.

Jelasnya, dia mengharapkan agar lelaki itu dapat bekerja dengan baik dan memberi manfaat kepada perniagaannya.

“Kehadapan PA baru saya Abang Qu, kerja baik baik, dikasihi pasukan QuPuteh. Teruskan semangat untuk sama sama kami memberi manfaat kepada semua. Aaminn,” katanya.

Terdahulu, Vida telah memuat naik satu hantaran yang sedang mencari PA dan meletakkan beberapa syarat utama bagi jawatan tersebut.

Antaranya adalah seorang lelaki bujang dan wajib ‘handsome’ (kacak) serta berumur antara 25 hingga 30 tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI