KOTA BHARU – Seramai 111 orang mangsa banjir dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir gelombang ketiga yang berlaku di daerah Tanah Merah dan Kuala Krai hari ini.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS dibuka di Tanah Merah iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang, SK Kelewek, SK Gual Jedok
Ujarnya, PPS Kuala Krai pula dibuka di Masjid Lama Keroh, SK Chenulang dan Pusat Komuniti Chucoh Puteri A.
“Seramai 16 orang mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Lawang, 12 mangsa masing-masing kini berada di SK Kelewek dan SK Gual Jedok.
“Bagi PPS Masjid Lama Keroh, seramai 24 orang mangsa banjir ditempatkan di situ, enam mangsa di PPS SK Chenulang dan 41 orang di PPS Pusat Komuniti Chucoh Puteri A,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md. Yusuf dan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan PPS telah dibuka di daerah kedua-dua daerah tersebut. -KOSMO! ONLINE