fbpx

11 individu terlibat aktiviti pelacuran dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 11 individu termasuk lapan wanita warga asing ditahan disyaki terlibat kegiatan pelacuran manakala 13 lagi individu dikenakan kompaun sebanyak RM13,000 kerana melanggar SOP Fasa 4 PPN dalam serbuan yang dijalankan oleh D7 Kuala Lumpur dan D7 IPD Sentul malam tadi.

KUALA LUMPUR – Sebelas individu termasuk lapan wanita warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dengan kegiatan pelacuran dalam serbuan ke atas premis pusat hiburan di sekitar ibu negara malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tiga serbuan dibuat bermula pukul 4.02 petang oleh sepasukan polis daripada Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

“Dalam serbuan di Kepong, seorang penjaga premis dan dua wanita warga Thailand dan Vietnam ditahan. Di Taman Usahawan, Kepong, kita memberkas enam lagi wanita Vietnam dan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, seramai 13 individu dikompaun berjumlah RM13,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam operasi di sebuah premis hiburan di Jalan Kuchai Lama.

“Serbuan yang dijalankan pukul 10.30 malam itu, 12 individu dikompaun yang terdiri daripada lapan lelaki tempatan dan empat wanita tempatan. Penjaga premis turut ditahan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI