fbpx

Vlahovic cipta rekod debut UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VLAHOVIC (kanan) meledak gol pada aksi debut di UCL menentang Villarreal awal pagi semalam yang turut menjadi gol terpantas dalam saingan untuk pemain yang membuat penampilan pertama.– AFP

VILLARREAL – Penyerang sensasi Juventus, Dusan Vlahovic mengakui puas selepas mencipta sejarah tersendiri apabila menjaringkan satu gol untuk membantu pasukan mengikat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Villarreal pada aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik saingan Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Vlahovic hanya memerlukan 32 saat untuk menjaringkan gol sekali gus menjadi pemain terpantas dalam sejarah yang berjaya meledak jaringan pada penampilan pertama di kejohanan itu.

Kata Vlahovic, kejayaan mencipta rekod tersebut sudah tentu memberi penghormatan tersendiri tetapi dalam masa yang sama perasaannya sedikit terkilan kerana pasukan melakar kemenangan.

“Saya sangat teruja apabila berjaya menjaringkan gol pada kemunculan debut di pentas Liga Juara-Juara. Meskipun sedikit beremosi, saya tidak boleh berpuas hati kerana pa­sukan gagal menang.

“Namun, saya percaya masih banyak ruang yang boleh kita perbaiki dengan harapan dapat tampil berbeza pada aksi pusingan kedua di laman sendiri nanti sekali gus meraih slot ke pentas suku akhir,” kata pe­nyerang Serbia itu.

Sementara itu, pengendali Juventus, Massimiliano Allegri mengakui sedikit ralat selepas benteng pertahanan dibolosi dengan jaringan penyamaan pasukan tuan rumah menerusi Dani Parejo pada babak kedua.

“Barisan pemain kami sedikit leka apabila membiar­kan pasukan lawan mudah menjaringkan gol penyamaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI