fbpx

Ubah haluan punca warga emas maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dipangku ahli keluarga setelah terbabit kemalangan di Jalan Selama Alor Pongsu hari ini.- Foto MEDIA SOSIAL

BAGAN SERAI – Seorang warga emas maut setelah motosikal jenis Yamaha Y110 yang ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah bas kilang di Jalan Selama Alor Pongsu dekat sini pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, dua kenderaan itu datang dari arah Alor Pongsu menuju ke Bagan Serai.

“Mangsa, Lajin Pin, 78, yang tinggal di Matang Pasir berada di hadapan bas kilang yang di pandu oleh seorang lelaki berusia 36 tahun.

“Dia dipercayai telah mengubah arah dari kiri ke kanan menyebabkan pemandu bas tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat pelanggaran mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan manakala pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kata Mazuki, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI