fbpx

Tom Holland jadi ‘penyelamat’ Uncharted

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Uncharted yang memasuki pawagam tempatan sejak 17 Februari lalu menyaksikan Tom Holland (gambar kanan, kanan) menjayakan watak sebagai seorang pemburu harta karun bernama Nathan Drake.

ADAPTASI daripada permainan video game popular PlayStation oleh Naughty Dog, Uncharted mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 17 Februari, minggu lalu.

Adakah berbaloi untuk berkunjung ke pawagam menonton filem arahan sutradara Ruben Fleischer berkenaan?

Mungkin ya berbaloi tergantung citarasa masing-masing.

Buat penulis yang bukanlah seorang gamer tegar, Uncharted layak disifatkan sebagai sebuah naskhah
senang dinikmati, kaya dengan aksi dan terjemahan karakter daripada dua pemain utamanya, Tom Holland sebagai Nathan Drake dan Mark Wahlberg (Sully) tidak mengecewakan.

ANTARA babak aksi dan mendebarkan dalam Uncharted.

Ada dua perincian aspek yang membuatkan penulis kagum dengan cerita ini. Pertama, lakonan Tom Holland dan keduanya, aksi yang dipaparkan.

Ada segelintir pengkritik filem yang kurang bersetuju dengan terjemahan karakter Nathan Drake oleh Tom yang disifatkan sebagai kurang sesuai dengan wajah baby face dirinya.

Tidak pernah main game Uncharted dan tidak pernah tahu tentang karakter Nathan Drake dalam versi game, namun satu yang dapat disimpulkan selepas menonton versi filem, antara aspek menarik adalah kualiti lakonan Tom.

Tom Holland penyelamat

Tom sebagai Nathan penuh karisma, charming dan membuatkan naratif filem tidak terasa kosong. Dia merupakan ‘Spider-Man’ alaf baharu kita dan kelebihan tersebut terserlah dalam filem lakonannya kali ini.

Dari segi aksi, penonton boleh berharap tinggi untuk filem ini. Pesanan buat sesiapa yang ingin menonton filem, jangan bergantung atau dengar ulasan orang lain. Pergi tonton sendiri, kosongkan minda dan jadi hakim sendiri untuk filem yang anda tonton.

Ada segelintir ‘pseudo’ pengkritik filem sewenang-wenangnya memberi memberi gambaran sampah buat filem orang macamlah pernah garap filem sendiri sampai dah menang Oscar.

GANDINGAN Tom Holland sebagai Nathan Drake dan Sophia Ali (Chloe Frazer) dalam
Uncharted tidak mengecewakan.

Berbalik kualiti aksi dalam Uncharted, besar kemungkinan penonton tidak akan pulang dengan rasa kecewa.

Tom buat kerja dengan bagus dan begitu juga Mark sebagai Sully dalam filem ini. Pun begitu, banyak lagi filem aksi lain yang lagi bagus dari Uncharted tapi tidak bermakna naskhah yang turut dibarisi pelakon seperti Sophia Ali dan Tati Gabrielle ini tidak bagus.

Sedikit tentang permainan karakter Mark sebagai Sully, secara peribadi, penulis merasakan lelaki itu
menjalankan peranan dengan baik.

Sully versi Mark penuh dengan helah, susah percayakan orang lain dan menerbitkan kesedaran bahawa, duit atau segala kemewahan bukan segala-galanya.

Berkenaan villain, Tati Gabrielle sebagai Jo Braddock juga memainkan peranan dengan baik. Kita tahu bagaimana wajah ‘zalim’ Tati dengan gaya rambut tersendiri dan perihal itu diperkemas baik olehnya
untuk watak tersebut.

Secara keseluruhan, Uncharted merupakan sebuah karya aksi pengembaraan yang wajar menjadi
pilihan penonton di pawagam.

Kalau membuat carian Google, barangkali ada yang memberikan rating B+ untuk filem ini tetapi sekali lagi pesan buat semua, tonton sendiri dengan dua mata kalian. Nescaya, hidup akan lebih bahagia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI