fbpx

Tentera Rusia sudah tiba di pinggir Kyiv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK berada di luar sebuah bangunan yang dibom tentera Rusia di bandar Chuguiv hari ini. - AFP

KIEV, Ukraine – Sebuah pesawat tentera milik Ukraine yang membawa 14 orang terhempas di selatan Kiev hari ini, kata perkhidmatan kecemasan.

Menurut perkhidmatan berkenaan, pihaknya masih berusaha untuk mengesahkan berapa ramai mangsa yang mati. Insiden itu berlaku sekitar 20 kilometer ke selatan Kiev ketika bandar raya itu berada di bawah bedilan tentera Rusia.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 68 orang terbunuh termasuk anggota tentera dan penduduk awam, demikian menurut agensi berita AFP berdasarkan angka diperoleh AFP daripada pelbagai sumber rasmi Ukraine.

Dalam serangan tunggal paling berdarah yang dilaporkan oleh pihak berkuasa hari ini, seramai 18 orang terbunuh di sebuah pangkalan tentera dekat bandar pelabuhan Odesa di tepi Laut Hitam.

Seorang pengawal sempadan Ukraine berkata, tentera Rusia kini sampai ke kawasan di sekitar ibu negara Ukraine, Kiev.

Seorang wartawan AFP di utara Kiev melihat sebilangan helikopter terbang rendah ketika terdapat laporan sebuah landasan tentera udara Ukraine telah diserang. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI