fbpx

Siasat video tular buaya Sungai Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP LAYAR buaya yang ditemui di Sungai Kuantan, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor sedang menyiasat secara terperinci video tular penemuan seekor buaya di Sungai Kuantan di sini, semalam.

Pengarahnya, Dennis Ten Choon Yung berkata, sungai itu secara umumnya memang merupakan habitat semula jadi buaya tembaga.

“Penduduk kampung sedia maklum mengenai kehadiran banyak buaya di situ dan memaklumkan kepada Perhilitan.

“Sudah menjadi kebiasaan penduduk yang pergi memancing terserempak dengan reptilia tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 23 saat dipercayai dirakam pemancing memaparkan seekor buaya bersaiz besar ditemukan di kawasan paya bakau sungai tersebut.

Jelas Choon Yung, papan tanda amaran turut sudah dipasang dengan kerjasama penduduk setempat dan pihak berkuasa tempatan di Sungai Kuantan itu yang kerap dikunjungi orang awam.

“Pemantauan berterusan akan dijalankan dan semua pihak dinasihatkan berwaspada ketika berada di sungai itu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI