fbpx

Ribuan penduduk Kyiv mula tinggalkan bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman menunjukkan jalan-jalan menuju keluar bandar dan stesen kereta api sesak sejak awal pagi ini waktu tempatan. - Getty/AFP

KYIV – Penduduk Ukraine dilaporkan mula meninggalkan ibu kota Ukraine, Kyiv sejurus selepas Rusia mengumumkan perang ke atas negara itu, lapor akhbar Daily Mail, hari ini.

Penduduk bandar dirakam memenuhi jalan-jalan utama keluar dari bandar, stesen minyak dan stesen kereta api beberapa jam selepas pengisytiharan Putin di stesen televisyen Rusia.

Realiti peperangan akhirnya menyedarkan ramai penduduk Ukraine yang pada mulanya menafikan bahawa Putin akan benar-benar menyerang.

Ribuan penduduk kini bergegas ke sempadan barat untuk melarikan diri daripada kereta kebal yang masuk ketika Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengisytiharkan undang-undang tentera.

Letupan kedengaran di ibu negara Ukraine dan bandar utama lain berikutan pengumuman Putin bahawa operasi ketenteraan khas telah dimulakan.

Foto dan video menunjukkan warga Ukraine memandu keluar dari Kyiv pagi Khamis, ketika siren serbuan udara bergema di seluruh ibu negara.

Barisan panjang juga dilihat di stesen Metro Kyiv dengan orang ramai cuba menaiki kereta api untuk meninggalkan bandar. Ada yang hanya menuju ke stesen untuk berlindung.

Presiden Rusia itu mengumumkan tindakan itu semasa ucapan di televisyen awal pagi Khamis, berkata langkah itu adalah tindak balas kepada ancaman dari Ukraine. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI