fbpx

Ramai majikan tak tahu guna FWCMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) mendakwa masih ramai pihak majikan dan syarikat pengambilan pekerja asing swasta masih tidak tahu menggunakan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).

Setiausaha Agungnya, Dr. N. Sukumaran berkata, keadaan itu masih berlaku biarpun sistem tersebut telah ada sejak 2016 lagi, selain usaha pengendali FWCMS mengadakan webinar sejak beberapa hari lalu bagi mendidik pihak berkaitan untuk menggunakannya.

Ujarnya, keadaan itu diburukkan lagi dengan sistem yang dikendalikan Bestinet Sdn. Bhd. tersebut sering tergendala ketika ia sedang digunakan.

“Sejak permohonan penggajian pekerja asing dibuka sejak 15 Februari lalu juga, masih tiada kelulusan rasmi diberikan kepada pemohon,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Sukumaran berkata, mereka mendapati kelulusan yang diberikan bagi pengambilan warga asing antara 2018 hingga 2020 telah dilanjutkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga 2023.

“Para majikan yang telah membayar levi untuk mengambil pekerja asing diberikan tempoh sehingga 2023 untuk berbuat demikian menerusi sistem tersebut,” katanya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan majikan yang telah diberikan kelulusan sebelum ini gagal mendapatkan pengesahan pengambilan pekerja asing daripada kedutaan berkaitan.

“Apabila kami menghubungi Kedutaan Bangladesh untuk pertanyaan lanjut, seorang sumber memberitahu bahawa mereka tidak menerima arahan jelas daripada Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara.

“Sumber itu turut memaklumkan bahawa kerajaan Bangladesh masih menanti jawapan rasmi daripada Kementerian Sumber Manusia berkenaan surat bertarikh 18 Januari lalu berkaitan arahan dan maklumat jelas mengenai isu tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI