fbpx

PRN Johor: PN tandingi semua 56 DUN, 70 peratus muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (tengah) bersama Ahmad Faizal Azumu (dua, kanan) mmengibar bendera selepas majlis memperkenalkan calon PN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 di Dewan Kencanapuri, Pulai Springs Resort di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

JOHOR BAHRU – Perikatan Nasional (PN) mengetengah lebih 70 peratus muka baharu sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang diadakan pada 12 Mac depan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebanyakan calon itu juga adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur, profession dan kelayakan akademik.

Katanya, semua calon yang dipilih juga telah menjalani beberapa proses tapisan dan semuanya bebas daripada salah guna kuasa, rasuah, jenayah.

“Seramai 41 calon adalah terdiri daripada muka baharu, manakala, 15 calon lain adalah mereka yang pernah bertanding sebelum ini.

“Dari segi umur pula, calon paling muda adalah berusia 31 tahun dan kebanyakan mereka mempunyai kerjaya seperti doktor, peguam, guru, pensyarah dan beberapa bidang profesional yang lain,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Memperkenalkan Calon PRN Johor 2022 di Pulai Spring Resort hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PN, Ahmad Faizal Uzumu dan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin dan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dari segi pembahagian kerusi pula, parti Bersatu akan bertanding di 33 kerusi DUN, Pas 15 dan lapan kerusi untuk Gerakan.

Selain itu katanya, proses angkat sumpah aku janji bagi kesemua calon PN akan diadakan esok.

“Angkat sumpah ini penting supaya setiap calon yang dipilih akan lebih amanah dan berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab kepada pengundi di Johor,”ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya siapakah calon Menteri Besar daripada PN, Muhyiddin berkata, ia akan diumumkan awal bulan depan sempena pelancaran manifesto parti itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI