fbpx

PRN Johor: Anak Osman Sapian tekad teruskan perjuangan arwah bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nornekman

MUAR – Meskipun berlainan parti, namun itu bukan penghalang buat anak kepada bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Datuk Osman Sapian mencabar diri untuk mengekalkan kerusi yang pernah disandang oleh bapanya.

Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Nornekman Datuk Osman, 47, berkata, walaupun arwah bapanya berasal daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), ia bukanlah isu utama ekoran misi untuk membela rakyat merupakan hasrat selari mereka berdua.

Menurut Nornekman, beliau telah bersama Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sejak tahun 2004 dan keputusan menyertai parti baharu itu juga telah sedia maklum diketahui arwah bapanya.

“Memang arwah bapa saya galakkan saya untuk keluar dari Johor bagi menimba ilmu politik sebelum kembali ke sini.

“Sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pun, saya sudah menyertai parti Pejuang dan keputusan saya itu mendapat restunya,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Pengumuman Calon Parti Pejuang di sini, hari ini.

Nornekman yang merupakan ahli perniagaan berkata, ketika ini fokus beliau adalah untuk meneruskan perjuangan arwah yang masih berbaki setelah kematian wakil rakyat itu pada tahun lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI