fbpx

‘Port’ judi laga ayam digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayam laga yang dirampas penguatkuasa.

KLANG – Kegiatan haram judi laga ayam di sekitar Taman Bayu Perdana di sini, tumpas apabila digempur pihak berkuasa dalam operasi bersepadu semalam.

Serbuan khas itu dijalankan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama polis dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa MPK, Shahrul Hazri Abd. Majid berkata, operasi dilakukan hasil maklumat mengenai kewujudan struktur binaan yang menjadi tempat laga ayam dan tempat kurungan di lot tanah tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati dua struktur haram dibina secara berasingan di kawasan berkenaan.

“Berikutan itu, kita menerusi Jabatan Kesihatan menyita sebanyak 25 ekor ayam bagi tindakan lanjut.

“Selain itu, dua notis perobohan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari oleh Jabatan Penguatkuasa MPK,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas Shahrul Hazri, dua kesalahan itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 81(b) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 72 (1) Akta Jalan Parit Bangunan 1974.

“Kesemua barang sitaan dibawa ke Jabatan Penguatkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, aktiviti berkenaan didapati mendatangkan kacau ganggu kepada penduduk setempat.

“Tanah itu dipercayai milik persendirian namun kita tidak menemui pemilik atau wakil di lokasi berkenaan. Selain itu, terdapat ayam yang dikurung dalam kawasan tanah tersebut,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI