fbpx

Pertarungan Whyte, Fury menjadi realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FURY (kiri) berpeluang untuk mengekalkan kejuaraan WBC apabila Whyte bersetuju untuk mencabarnya di gelanggang pada aksi yang dijadual pada April ini. – AFP

LONDON – Impian juara heavyweight dunia, Tyson Fury untuk mempertahankan kejuaraan seperti disyaratkan Majlis Tinju Dunia (WBC) tercapai selepas Dillian Whyte bersetuju untuk mengadakan perlawanan tersebut.

WBC sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Whyte diletakkan sebagai pencabar wajib kepada Fury selepas jaguh Britain tersebut menewaskan Deontay Wilder di Las Vegas pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, Whyte yang menandatangani kontrak pertarungan itu sejam sebelum tarikh tutup kelmarin dikatakan cuba mengelak untuk mengadakan perlawanan lebih awal dan mahu melakukan persiapan sebaik mungkin.

Kemungkinan perlawanan diantara kedua-dua petinju dari Britain tersebut akan diadakan pada 23 April tahun ini dan dijangka berlangsung di Stadium Wembley, London meskipun tarikh sebenar masih belum diputuskan.

“Di mana pun mereka inginkan perlawanan diadakan dan apa sahaja, saya tidak peduli. Saya sudah lama ingin berdepannya. Saya sudah bersiap sedia untuk berhadapan Fury,” kata Whyte.

Dalam pada itu, Fury tidak sabar menanti perlawanan tersebut selain menuduh Whyte sebagai pengecut.

“Akhirnya, Dillian Whyte menandatangi kontrak perjanjian dengan nilai $8 juta (RM33.47 juta). Sungguh tak disangka dia bertindak sedemikikan untuk meraih pendapatan paling lumayan yang pernah dia dapat dalam hidupnya,” tegas Fury.

Perlawanan tersebut dijangka menawarkan tawaran lumayan berjumlah AS$41 juta (RM171.54 juta) dan Whyte hanya berhak mendapat 20 peratus daripada tawaran tersebut.

Bagaimanapun, Whyte sedang berunding semula untuk mening­katkan nilai tawaran tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI