fbpx

POS tuntut keputusan AGM di Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORHAYATI (tengah) mengadakan sidang akhbar berhubung tuntutan POS terhadap kesahihan AGM yang telah diputuskan pada 12 Disember 2021 di MOM, Kuala Lumpur harin ini.

PERSATUAN Olahraga Selangor (POS) memohon semakan kehakiman bagi menuntut kesahihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang telah diputuskan pada 12 Disember tahun lalu.

POS menegaskan, pihaknya tiada pilihan lain selain memohon pendengaran di Mahkamah Tinggi selepas tindakan Pesuruhjaya Sukan (PJS) menyatakan AGM dan keputusan pemilihan tersebut adalah tidak sah.

Presiden baharu POS, Norhayati Karim yang dipilih secara sebulat suara menerusi pemilihan AGM Disember lalu mengakui, pihaknya terkejut dengan keputusan PJS dan menegaskan, sesi pendegaran kes akan dimulakan pada 7 Mac depan.

“Akibat daripada AGM tidak diakui sah oleh PJS, POS kini cacat dalam meneruskan aktiviti-aktiviti pembangunan selepas berdepan kekangan seperi akaun bank tidak dapat digunakan tanpa bukti penerimaan AGM oleh PJS.

“Kedua, semua aktiviti POS terhalang dan tergendala seperti pembayaran insentif yang tertunggak sejak 4 tahun dahulu kepada pemenang pingat Sukma 2018 disebabkan oleh masalah penyelewengan dana dan banyak lagi.

“POS memerlukan keputusan AGM untuk meneruskan aktiviti pembangunan sukan olahraga Selangor. Jadi, POS tiada pilihan lain selain daripada memohon kepada mahkamah untuk membuat keputusan tentang status AGM tersebut. Kami tiada pilihan lain,” tegasnya pada sidang akhbar di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur hari ini.

Ketika diminta mengulas meazsngenai AGM, Norhayati menegaskan, perjalanan mesyuarat tersebut telah mematuhi perlembagaan serta pemilihan adalah sah.

“Menurut nasihat peguam, segala perjalanan AGM telah mematuhi perlembagaan POS dan AGM serta pemilihan adalah sah.

“Kesimpulannya, ekoran daripada kegagalan PJS menjalankan tugas mereka secara adil dan saksama terhadap isu-isu POS, yang menjadi mangsa adalah atlet, pegawai dan jurulatih.

“Lebih buruk lagi, pihak ibu bapa sudah hilang kepercayaan dalam sukan olahraga. Jadi, saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI