fbpx

Penutupan sementara pejabat LHDN Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Cawangan Pulau Pinang di Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang akan ditutup sementara.

Menurut kenyataan, pejabat LHDN ditutup pada 25 Februari 2022 bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja sanitasi dan dijangka kembali beroperasi pada 28 Februari 2022.

“Dalam tempoh penutupan sementara ini, semua janji temu pelanggan yang telah diluluskan melalui sistem e-Janji Temu untuk hadir ke kaunter telah dibatalkan.

“Pelanggan perlu membuat permohonan janji temu yang baharu setelah kaunter dibuka semula,” jelas di kenyataan.

Para pelanggan juga disyorkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDN yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui talian Hasil Care Line 03-8911 1000 . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI