fbpx

PBB rayu Rusia henti serangan ke atas Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PBB rayu Rusia henti serangan ke atas Ukraine

MOSCOW – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Presiden Rusia agar menghentikan serangan ke atas Ukraine yang baru bermula awal pagi ini waktu tempatan, lapor akhbar Daily Mail.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres membuat gesaan itu sejurus selepas mengadakan mesyuarat tergempar apabila Putin mengisytiharkan perana ke atas bekas negara SOviet itu.

“Jika benar peperangan yang sedang berlaku pada ketika ini, saya hanya ada satu perkara untuk disampaikan kepada Rusia.

“Putin, tolong hentikan kemaraan tentera anda untuk menyerang Ukraine. Beri peluang kepada kedamaian. Perang yang baru bermula ini sudah meragut ramai nyawa,” seru Guterres.

Seperti yang dijangka, Putin tidak mengendahkan rayuan tersebut dan membuat kenyataan balas menerusi siaran langsung televisyen tempatan untuk menggambarkan pencerobohan itu sebagai ‘pendudukan tentera khas’.

“Operasi ini untuk ‘membersihkan’ Ukraine daripada imej Nazi dan bukan mahu menakluk negara ini secara total.

“Ia adalah satu pertempuran yang tidak dapat dielakkan,” tegas Putin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI