fbpx

Muda, PKR bertembung di DUN Larkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq (tengah) bersama calon Muda bagi kerusi DUN Larkin (kiri) dan DUN Machap ketika memperkenalkan calonnya di Taman Eco Cascadia, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bakal bertembung dengan ‘rakan sekutu’ mereka iaitu PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini khususnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

Hal itu selepas Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan calon bagi kerusi berkenaan iaitu Rasid Abu Bakar yang juga merupakan Ketua Penerangan Muda Johor.

“Berhubung kerjasama dengan PKR, kita sudah cuba menjalankan rundingan demi rundingan, kita juga hormat PKR kerana telah umum calon di kesemua 20 kerusi mereka.

“Kita tidak umum kerusi awal kerana menghormati proses rundingan tersebut dan masih cuba guna saluran lain untuk pastikan tidak ada pertindihan kerusi.

“Jika ada sekalipun kita sudah cuba mengurangkan pertindihan kerusi semaksimum mungkin, dan apabila berlaku (pertindihan), kita akan serahkan kepada pengundi untuk membuat keputusan terbaik.

“Saya tidak boleh bercakap bagi pihak PKR sama ada kemungkinan akan berlaku sabotaj, tetapi sebaliknya kita akan fokus kepada permasalahan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan bagi memperkenalkan tiga lagi calon Muda di Taman Eco Cascadia, di sini hari ini.

Selain DUN Larkin, Syed Saddiq turut mengumumkan calon bagi DUN Machap yang akan diwakili R. Sangaran dan DUN Parit Raja, diwakili oleh Fikri Musa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI