fbpx

Misi bantuan Malaysia selamat tiba di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAKIL Malaysia disambut sukarelawan NGO Afghanistan sejurus pesawat misi bantuan tiba di Kabul semalam. – Foto ihsan Wisma Putra

PUTRAJAYA – Setelah menempuh penerbangan lebih 10 jam, pesawat khas membawa lima tan bantuan kemanusiaan dari Malaysia akhirnya tiba di Kabul, Afghanistan lewat semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi hantaran dalam akaun sosial beliau, mengesahkan pesawat persendirian Boeing 733 itu mendarat di ibu kota negara tersebut.

“Alhamdulillah, pasukan misi kemanusiaan Malaysia ke Afghanistan yang membawa barang keperluan asas telah selamat tiba di Kabul,” kata beliau yang dipetik Wisma Putra hari ini.

Kelmarin, beliau melancarkan misi khusus itu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor melibatkan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Penerbangan sewa khas ADF 498 itu mendapat kerjasama Golden Horses Digital Investment Bank serta Global Peace Mission (GPM) dan Buddha Light International Association (BLIA).

Bantuan yang dibawa tersebut meliputi pelbagai jenis pakaian musim sejuk, jaket, selimut dan susu tepung bayi serta barang keperluan asas lain untuk warga rentan Afghanistan sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI