fbpx

MAEPS tambah katil, ramai bimbang soal raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKRC Maeps Serdang dalam proses penyusunan kemudahan yang diperlukan bagi menempatkan pesakit Covid-19.

PETALING JAYA – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dalam proses penyusunan kemudahan yang diperlukan di dalam Dewan A.

Ia bertujuan bagi menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 ekoran peningkatan jumlah jangkitan yang semakin tinggi ketika ini.

Perkara itu disahkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai melahirkan kebimbangan susulan lonjakan kes serta pembukaan semula PKRC MAEPS Serdang yang memberi gambaran buruk terhadap sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini.

Rata-rata daripada mereka telah membuat persiapan awal dengan menempah kuih-muih serta baju raya selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas ini.

“Kuih raya dah tempah, baju dah tempah, akhirnya simpan dalam almari, duduk rumah menangis bucu katil tak dapat sambut raya di kampung, kes harian masih berpuluh ribu setiap hari,” luah Muhamad Faizul.

“Janganlah sejarah lama berulang lagi, sambut raya secara dalam talian dengan keluarga. Nak menangis macam ini, tolong semua jaga diri,” ujar Hayati Saad.

Lebih menarik perhatian, apabila ada pengguna yang mula memberi ucapan hari raya sebagai persediaan sekiranya tidak dapat bertemu pada sambutan akan datang.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua kenalan,” ucap Muhamad Shafiq Dolmala.

Terdahulu, PKRC MAEPS Serdang dilaporkan telah ditutup bermula 8 Februari lalu.

Namun, penutupannya itu tidak sampai tempoh sebulan dan dijangka akan beroperasi semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI