fbpx

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa turun mayat mangsa yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik di Derga, Alor Setar pagi tadi.

ALOR SETAR – Seorang lelaki maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di sebuah rumah di Lorong Pauh, Derga di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.46 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat seorang lelaki berusia 38 tahun terbaring di atas bumbung dipercayai terkena renjatan elektrik.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di atas bumbung,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa turun menggunakan pengusung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI