fbpx

Kontak rapat lengkap dos penggalak tidak perlu kuarantin bermula 1 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PUTRAJAYA – Individu dewasa yang telah menerima dos penggalak dan tidak bergejala tidak perlu lagi menjalani kuarantin, berkuat kuasa Selasa depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan sekiranya individu itu telah menerima vaksinasi lengkap tetapi tidak menerima lagi dos penggalak, perlulah menjalani kuarantin lima hari sekiranya tidak bergejala atau bergejala.

“Bagaimanapun, bagi individu yang tiada vaksinasi ataupun tidak lengkap perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari sekiranya tidak bergejala ataupun bergejala.

“Bagi individu di bawah 18 tahun pula, mereka yang lengkap vaksinasi, perlu menjalani kuarantin lima hari manakala yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi, perlua kuarantin selama tujuh hari,” katanya.

Khairy Jamaluddin berkata, individu lengkap vaksinasi dan baru dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 60 hari tidak perlu menjalani kuarantin.

Sebelum ini, individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak diarahkan menjalani kuarantin selama tujuh hari.

Bagi individu yang sudah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kes positif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI