fbpx

KKM lanjut tempoh pembatalan status vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vaksin Sinovac merupakan vaksin kedua di China yang diluluskan WHO. -Getty Images

PETALING JAYA – Penduduk berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas diminta segera mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 April 2022.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh bagi dua golongan terlibat untuk mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19.

Sebelum ini, KKM menetapkan tarikh akhir bagi mereka mendapatkan suntikan dos penggalak adalah pada 28 Februari 2022, namun telah dilanjutkan sehingga 31 Mac akan datang.

“Ini bertujuan memberi peluang kepada mereka sebelum status vaksinasi berubah menjadi tidak lengkap menjelang 1 April 2022,” katanya dalam satu sidang media hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI