fbpx

Ketua dan Timbalan Polis Terengganu positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaimi.

KUALA TERENGGANU – Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa timbalannya, Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Terengganu, Asisten Komisioner Noor Halim Nordin berkata, keadaan mereka dilaporkan dalam keadaan baik.

“Datuk (Rohaimi) sudah pulih sepenuhnya dan dijangka akan kembali bertugas pada minggu depan.

“Timbalan Ketua Polis Terengganu (Wan Rukman) pula sedang menjalani kuarantin di rumah dan keadaannya juga baik,” katanya di sini hari ini.

Noor Halim berkata, setakat ini, seramai 243 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh Terengganu merangkumi pegawai, anggota dan ahli keluarga telah dijangkiti Covid-19.

Jelas beliau, ia melibatkan 105 orang pegawai dan anggota polis manakala selebihnya ahli keluarga mereka dan kakitangan awam.

“Kebanyakan mereka berada pada tahap satu dan dua yang perlu menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

“Setakat ini, hanya dua orang iaitu seorang isteri anggota dan seorang anak kakitangan awam terpaksa dirujuk ke hospital iaitu masing-masing di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan Hospital Setiu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI