fbpx

Kerajaan pusat ambil alih TPS Seelong pada 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican Naina Merican (dua kanan) melawat Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Seelong, Kulai, hari ini.

KULAI – Kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM60 juta untuk bagi menampung kos perbelanjaan modal (capex) bagi pembinaan Sel 7 dan Sel 8 Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari (TPS) Seelong, di sini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, peruntukan tambahan itu bagi pengoperasian sisa pepejal di tapak berkenaan.

Katanya, sepanjang TPS di Seelong itu beroperasi, kerajaan persekutuan telah membantu menampilkan perbelanjaannya walaupun ia dibawah pentadbiran kerajaan negeri.

“Sepanjang pengoperasian TPS Seelong ini, kerajaan persekutuan telah membelanjakan RM125.1 juta bagi pembinaan Sel 1 hingga Sel 6, manakala RM15.35 juta pula bagi perolehan sebahagian lot tanah tapak berkenaan.

“Walaupun ia masih dibawah kerajaan negeri dan syarikat konsesi yang dilantik, namun kerajaan komited untuk memastikan pengoperasian TPS Seelong ini berdaya mampan,” katanya kepada pemberita selepas melawat TPS berkenaan di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan persekutuan bagaimanapun akan mengambil alih pentadbiran di TPS berkenaan selepas perjanjian antara kerajaan negeri dan syarikat konsesi tamat pada 2024.

TPS Seelong berupaya untuk menguruskan antara 1,250 hingga 1,700 tan sisa pepejal sehari yang dijana daripada tiga pihak berkuasa pentadbiran iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Perbandaran Kulai.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI