fbpx

Kerajaan dukacita perkembangan di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa kerajaan berdukacita dengan perkembangan yang berlaku di Ukraine.

Menerusi ciapannya di Twitter, beliau berkata, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah memastikan Keluarga Malaysia di Ukraine berada dalam keadaan selamat.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kiev kini berusaha memberikan perlindungan dan menyediakan tempat selamat untuk rakyat Malaysia sebelum mereka dapat pulang ke Malaysia.

“Saya dimaklumkan bahawa terdapat 23 warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, 12 orang telah pulang ke tanah air manakala 11 orang masih di sana,” ciapnya hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, Malaysia berharap agar satu jalan penyelesaian damai yang terbaik di antara Ukraine dan Rusia dapat segera dicapai, seterusnya berjaya menyelesaikan konflik tersebut.

Rusia hari ini melancarkan serangan terhadap Ukraine, dengan tentera negara tersebut dilaporkan telah menyeberang masuk ke Ukraine menerusi beberapa arah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI