fbpx

Jangan masuk campur dalam perang ini – Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putin memberi amaran agar negara luar tidak masuk campur dalam peperangan Rusia dan Ukraine. - TASS

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi amaran keras kepada mana-mana negara luar agar tidak masuk campur dalam peperangan antara Kremlin dengan Ukraine, lapor akhbar Daily Mail, hari ini.

Dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen rasmi Rusia pada pukul 6 pagi waktu tempatan, Putin berkata jika mereka tetap campur tangan, balasannya akan sangat dahsyat.

“Kepada mana-mana negara yang sedang menimbang untuk campur tangan dalam misi ketenteraan khas Rusia-Ukraine, ingat amaran saya.

“Jika anda memilih untuk berbuat demikian, balasannya akan sangat dahsyat daripada apa yang pernah anda dan negara anda pernah alami,” tegasnya.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan memaklumkan bahawa angkatan bersenjata Rusia tidak melakukan sebarang serangan peluru berpandu, udara atau artileri ke atas bandar-bandar Ukraine.

Mereka juga mendakwa serangan ketenteraan khas ini tidak akan mengancam penduduk awam Ukrain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI