fbpx

Jabatan, agensi di Perak disaran rujuk MKN sebelum anjur program

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

IPOH – Semua jabatan, agensi dan badan-badan lain disaran merujuknya kepada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Perak berhubung sebarang penganjuran program yang melibatkan kehadiran ramai.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, ini bagi memastikan keselamatan rakyat ketika peningkatan jumlah kes Covid-19.

Menurut kenyataan itu, walaupun semalam kerajaan negeri memutuskan penangguhan sebarang program tetapi hanyalah melibatkan yang dihadiri Menteri Besar.

“Merujuk kepada kenyataan akhbar bertarikh 23 Februari mengenai penangguhan program Menteri Besar Perak hanya melibatkan program-program kerajaan yang melibatkan beliau.

“Bagi program-program yang dilaksanakan oleh jabatan, agensi serta badan-badan lain, Pejabat Menteri Besar menasihatkan supaya merujuk kepada MKN Perak,” ujar kenyataan itu.

Semalam, kerajaan negeri memutuskan untuk menangguh semua program selepas menerima pandangan dan nasihat MKN.

Keputusan berkenaan dibuat memandangkan peningkatan kes Covid-19 yang melanda negeri serta negara masa ini.

Bagaimana pun program yang melibatkan penyampaian bantuan kecemasan, kes Covid-19 serta program vaksinasi dan dos penggalak akan diteruskan dengan pematuhan ketat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI