fbpx

Haidar Hasanudin berdebar jadi ‘tunang’ Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALAM drama Tetuan Ang & Rahimin, Haidar menjadi tunangan kepada Budi watak yang dijayakan Daiyan Trisha.

PETALING JAYA – Pelakon baharu Haidar Hasanudin mengakui gementar bergandingan dengan pelakon jelita, Daiyan Trisha dalam drama bersiri Tetuan Ang & Rahimin.

Ujar Haidar, 30, walaupun cuma memegang watak pembantu, dia tidak mampu menahan rasa gemuruh apabila bergandingan dengan Daiyan yang disifatkan sebagai seorang pelakon berbakat.

“Dalam drama Tetuan Ang & Rahimin saya membawakan watak sebagai Ashraff iaitu tunang kepada Budi lakonan Daiyan.

“Tetuan Ang & Rahimin membuka peluang untuk saya menjayakan watak pembantu, menjadi tunang kepada karakter yang dibawakan oleh Daiyan. Pada mulanya, saya sangat gementar untuk bergandingan dengan Daiyan.

“Apa yang pasti, Daiyan seorang pelakon berbakat dan cantik, tipulah kalau tak rasa gementar,” katanya.

Bagaimanapun, rasa gusar dan gementar yang dirasai Haidar dapat dikawal apabila melihat keramahan pelakon berusia 28 tahun itu di set penggambaran.

“Daiyan sangat baik dan memberikan tunjur ajar kepada pelakon baharu seperti saya,” katanya.

Menjadikan dua pelakon berbakat iaitu Bront Palarae dan Amerul Affendi sebagai idolanya dalam dunia lakonan, Haidar semakin serius mengatur langkah dalam industri seni dan akan berusaha untuk mengasah bakatnya dalam bidang lakonan.

“Saya memang serius mahu menceburkan diri dalam bidang seni, terutamanya pengacaraan dan lakonan. Saya mahu buktikan kebolehan dan mahu menjadi anak seni berjaya seperti Bront Palarae dan Amerul Affendi,” katanya.

Tetuan Ang & Rahimin yang turut menampilkan lakonan Rashidi Ishak, Ben Amir dan Anita Baharom kini sedang bersiaran di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 malam.

“Terima kasih kepada Rashidi Ishak kerana membuka rezeki saya untuk membintangi drama bersiri arahan Wan Hasliza dan Wan Alauddin ini. Alhamdulillah, saya anggap peluang ini sebagai permulaan yang baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI