fbpx

Bicara Bung Moktar ditangguh 3 Mac, peguam Zizie Izette positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Mokhtar dan Zizie Izette

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan hingga 3 Mac ini perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datin Seri Zizie Izette A. Samad berkaitan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah kerana salah seorang peguam yang mewakili pelakon itu disahkan positif Covid-19.

Peguam Ridha Abdah Subri yang hadir bagi pihak Bung Moktar dan Zizie Izette memberitahu, peguam yang mewakili Zizie Izzete (tertuduh kedua) disahkan positif pada 20 Februari dan kini menjalani kuarantin sehingga 26 Februari ini.

Beliau yang mewakili Bung Moktar memaklumkan, peguam Datuk K. Kumaraendran yang juga mewakili Zizie Izette dan M. Athimulan yang mewakili Ahli Parlimen Kinabatangan itu adalah kontak rapat kepada peguam berkenaan.

“Kedua-duanya turut menjalani kuarantin,” ujar Ridha Abdah pada prosiding di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mahkamah sepatutnya mendengar permohonan pendakwaan untuk menyoal balas seorang saksi utamanya, Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, yang dianggap sebagai saksi belot (hostile witness) dalam perbicaraan kes rasuah berkenaan.

Rozina kemudian menetapkan 3 Mac ini untuk mendengar permohonan pendakwaan yang dibuat mengikut Seksyen 154 Akta Keterangan 1950.

Pada 14 Februari lalu, pihak pendakwaan mengemukakan permohonan untuk menyoal balas perunding unit amanah itu ekoran keterangannya bercanggah dengan rakaman percakapan yang diberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI