fbpx

Belarus sahkan tenteranya tidak terlibat perang Rusia-Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukashenko (kanan) ialah sekutu kuat Putin. - Google

MINSK, Belarus – Presiden Belarus, Alexander Lukashenko mengesahkan bahawa anggota tenteranya tidak terlibat dalam serangan Rusia ke atas Ukraine awal pagi ini waktu tempatan.

Meskipun sering terlibat dengan latihan ketenteraan dengan Rusia di sempadan Belarus dan Ukraine namun serangan kali ini melibatkan sepenuhnya askar Kremlin.

“Anggota pasukan bersenjata kami tidak mengambil bahagian dalam operasi ketenteraan khas berkaitan Rusia dan Ukraine,” kata Lukashenko.

Lukashenko adalah sekutu kuat Presiden Rusia, Vladimir Putin dan membenarkan Moscow menempatkan puluhan ribu tentera di Belarus sebelum ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI