fbpx

Arab Saudi batal visa umrah tuan rumah penduduk tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Umat Islam mengerjakan solat sambil mematuhi penjarakan fizikal di Mekah pada 1 November 2021. – AFP

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan pembatalan visa umrah tuan rumah, manakala sebarang maklumat terbaharu mengenai perkara itu akan diumum menggunakan saluran rasmi kementerian berkenaan sahaja, lapor akhbar Saudi Gazette.

Visa umrah tuan rumah biasanya dikeluarkan melalui pendaftaran status sivil untuk warganegara dan melalui pemastautin untuk penduduk.

Pengumuman pembatalan visa tersebut dibuat sebagai jawapan kepada pertanyaan orang ramai berhubung perkara tersebut.

Platform umrah Absher mengesahkan tidak akan mengeluarkan visa umrah tuan rumah  melalui platform tersebut dan meminta orang ramai terus menghubungi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengenai isu berkenaan.

Kementerian Haji dan Umrah menyatakan sebelum ini bahawa pengeluaran visa umrah tuan rumah adalah tertakluk kepada piawaian dan keperluan pihak  yang mengawalnya.

Kementerian mengesahkan bahawa  tiada masa khusus untuk pengaktifannya.

Pengaktifan visa umrah tuan rumah umrah akan membenarkan rakyat dan penduduk tempatan menjadi hos kepada jemaah dari luar Arab Saudi mengikut peraturan ditetapkan.

Kuasa visa ini membolehkan mereka membawa dan menjadi tuan rumah kepada tiga hingga lima jemaah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN