fbpx

Apa lagi salah saya – Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDA hairan dan sedih mengapa dirinya sentiasa dikecam meskipun sudah berusaha memberikan yang terbaik sebagai Presiden Netizen Big Stage 4.

JIKA sudah namanya Datuk Seri Vida, apa sahaja yang dilakukan pasti mencuri perhatian waima
tergelak kecil sekalipun.

Vida sekali lagi menuai perhatian ramai apabila menitiskan air mata dalam sebuah video yang dimuat
naik dalam media sosial.

Menerusi video yang dirakam selepas pulang dari konsert Big Stage 4 itu, Vida memberitahu, dia tidak faham mengapa masih ramai mempersoalkan setiap perkara yang dilakukannya termasuk tugasnya sebagai Presiden Netizen.

“Apa lagi salah saya. Kenapa tidak boleh terima setiap perkara yang saya lakukan?

“Saya masih dikecam sedangkan sudah menjaga perangai dan kata-kata sebaik mungkin. Buat macam mana pun, tetap dibenci netizen, sedih hati saya.

“Depan orang saya nampak gembira, tetapi sebaliknya, hanya Allah sahaja yang tahu segala kesedihan yang dialami,” katanya.

Alahai sedih pula hati membaca luahannya. Dia juga seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Jika dikecam bertalu-talu setiap hari, manusia mana yang tidak sedih.

Harap Vida jangan terlalu melayan semua komen negatif. Terus menceriakan hari-hari rakyat Malaysia ya.

MIZZ LAHAR: Harap ada pengarah tempatan dapat menghasilkan drama Layangan Putus versi Malaysia. Lain macam impak drama Indonesia itu dalam aplikasi TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI