fbpx

Amir Masdi nafi tumpang populariti Dayang Nurfaizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SINGLE Debu menampilkan gandingan sulung antara Amir Masdi dan Dayang Nurfaizah.

PETALING JAYA – Penyanyi Amir Masdi menganggap peluang berkolaborasi dengan Dayang Nurfaizah menerusi single duet berjudul Debu umpama mimpi menjadi kenyataan.

Ujar Amir atau nama lengkapnya Amir Syazwan Masdi, 27, sejak dahulu dia memang mengimpikan untuk berduet dengan penyanyi itu dan impian tersebut telah pun menjadi kenyataan.

“Sejak dulu lagi apabila disoal siapakah penyanyi yang saya ingin bekerjasama, jawapan saya ialah Dayang Nurfaizah selain Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Alhamdulillah. Saya tidak pernah sangka akhirnya akan dapat peluang untuk berduet dengan Dayang Nurfaizah,” katanya.

Ujar bekas juara program realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016) itu, ketika diberitahu tentang kolaborasi bersama Dayang, dia sangat gembira dan menganggap kerjasama itu sebagai satu peluang yang tidak patut disia-siakan.

“Apabila dimaklumkan akan berduet dengan Dayang dalam single Debu, saya tidak mungkin akan lepaskan peluang tersebut.

“Kolaborasi ini umpama mimpi menjadi kenyataan,” katanya.

Dalam pada itu, Amir menolak sekiranya dilabel ingin menumpang populariti penyanyi berkulit sawo matang itu untuk lebih dikenali dalam industri seni tanah air.

“Bagi saya, tak ada sebarang isu mengenai menumpang populariti Dayang dan sebagainya sebab yang utama adalah bakat dan kerjasama,” katanya.

Menyentuh tentang imejnya yang sering tampil dengan berambut panjang, Amir tidak merancang untuk tampil dengan gaya berambut pendek kerana jiwanya masih menebal dengan imej bergenre rock.

“Saya selesa dengan imej rambut panjang dan hanya akan memotongnya sedikit untuk kelihatan lebih kemas.

“Sebab jiwa saya masih dengan muzik rock,” katanya.

Sekadar info, single berjudul Debu nyanyian duet Amir dan Dayang dicipta oleh Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI