fbpx

18 individu dipanggil bantu siasatan, pusat jagaan tidak berdaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USERI Yusoff sedang memangku jenazah anaknya di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. - Foto oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

SEREMBAN – Sebanyak 18 individu termasuk pengasuh dan ibu bapa telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes seorang bayi perempuan berusia setahun tiga bulan yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Nanda Maarof berkata, pusat jagaan kanak-kanak itu yang beroperasi sejak penghujung tahun 2019 juga tidak berdaftar dan telah ditutup selepas kejadian tersebut.

“Setakat ini, 18 orang saksi termasuk pengasuh dan ibu bapa pusat jagaan kanak-kanak itu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan diteruskan dan kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nanda berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Dr. Hanif Mahmud dari Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar semalam mengesahkan punca kematian Nour Rania Asyifaa adalah tekanan di leher.

Semalam Kosmo! melaporkan, Nour Rania Asyifaa, kanak-kanak perempuan berusia setahun tiga bulan yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dengan kepada dan lehernya tersangkut pada buaian di pusat jagaan kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI