fbpx

126 polis terima Pingat Jasa Pahlawan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi (kanan) menyampaikan kepada seorang daripada 126 penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada polis di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 126 polis Kuala Lumpur hari ini menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) sebagai penghargaan atas pengorbanan dan bakti kepada negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, penerima pingat PJPN kali ini terdiri daripada 79 pegawai kanan dan pegawai rendah yang masih berkhidmat termasuk 47 pesara polis Kuala Lumpur.

“Pingat tersebut dianugerahkan kepada petugas-petugas polis termasuk pesara yang berkhidmat semasa era darurat dan insurgensi komunis sehingga tahun 1990.

“Pengurniaan pingat tersebut juga membuktikan jasa mereka menjadi ingatan dan tauladan untuk generasi pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Polis Kuala Lumpur di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini hari ini.

Mengulas Lanjut, Azmi berkata, terdapat baki seramai 645 orang yang masih belum menerima anugerah disebabkan kekangan penularan Covid-19.

“Kita mensasarkan agar keseluruhan baki ini dapat diselesaikan pada tahun ini.

“Kemungkinan, kita akan adakan sebanyak empat majlis lagi bagi menampung keseluruhan baki yang masih belum menerima anugerah,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penerima, Raja Shah Aminuddin Raja Shah Minan, 80, bersyukur dan gembira kerana terpilih untuk menerima anugerah berkenaan setelah berkhidmat sejak tahun 1962.

“Pengalaman bersama Polis Diraja Malaysia selama 35 tahun adalah satu kenangan yang tidak akan saya lupakan.

“Daripada menjadi polis hutan menentang komunis sehinggalah bertugas di cawangan khas di Bukit Aman sebelum saya bersara pada tahun 1996,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI