fbpx

11 rakyat Malaysia di Ukraine sedang dibawa keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDUTAAN Besar Malaysia di Kyiv memantau rapi ketegangan diplomatik di Ukraine yang diceroboh tentera jirannya, Rusia. – Foto Wisma Putra

PUTRAJAYA – Seramai 11 warga Malaysia yang berada di Ukraine sedang dibawa keluar dari negara Eropah tersebut susulan pelancaran operasi ketenteraan Rusia terhadap jirannya itu.

Perkara berkenaan disahkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi akaun sosial rasmi beliau malam ini sebagai mengulas perkembangan terkini di negara tersebut.

“Pihak kerajaan sedang berusaha melaksanakan proses evakuasi untuk kesemua 11 rakyat Malaysia yang masih lagi berada di Ukraine,” kata beliau melalui hantaran ringkas berkenaan.

Ia sebagai reaksi pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika acara lawatan rasmi di Kemboja petang tadi berhubung nasib baki warga Malaysia di Ukraine.

Terdapat sejumlah 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di ibu kota Kyiv dengan 12 orang daripada mereka sudah dalam perjalanan pulang ke tanah air.

Presiden Rusia, Vladimir Putin pagi tadi telah mengisytiharkan pencerobohan pasukan tentera negara tersebut ke Ukraine serta siri serangan peluru berpandu dan roket dari pelbagai arah.

Mengulas lebih lanjut, Saifuddin turut mengesahkan bahawa pihak kedutaan juga memberikan perlindungan dan menyediakan tempat selamat sebelum mereka dapat pulang ke Malaysia.

Beliau namun tidak menyatakan sama ada mereka akan dipindahkan menerusi jalan darat ke negara jiran atau laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil dekat Kyiv.

Pejabat misi diplomatik tersebut boleh dihubungi terus menerusi telefon +380 442 855 271 atau talian khas selepas waktu pejabat pukul 5 petang hingga 8 pagi iaitu +380 988 387 885. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI