fbpx

Tun M jawab tuduhan Najib, tegas beliau tiada kroni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir bercakap pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Aspirasi Johor Parti Pejuang Tanah Air di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – “Saya tak ada kroni tapi saya ada orang yang berkebolehan,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan kononnya kerap memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak (ketika menjadi Perdana Menteri) kerana tidak menjaga kroninya.

Mahathir berkata, ketika menjadi Perdana Menteri, beliau mengakui tidak akan menolong orang yang tiada kebolehan.

“Umpamanya kalau kerajaan ada modal RM1 juta dan jika diberi kepada orang yang tiada kebolehan maka, RM1 juta itu akan hilang.

“Sebab itu, apabila kita nak bantu dan nak bagi kontrak kita kena tahu apa mereka boleh atau tidak boleh buat dan ia berasaskan pencapaian mereka.

“Kalau mereka menunjukkan kelebihan maka, kita akan bantu mereka supaya mereka terus berjaya,” katanya hari ini.

Katanya, beliau hanya memberi sokongan pada individu yang boleh memberi kemajuan kepada negara malah, anaknya sendiri pun tidak diberikan sebarang projek ketika menjadi perdana menteri.

Jelasnya lagi, beliau turut meminta Najib mengemukakan bukti jika benar anaknya menjadi jutawan disebabkannya.

Sebelum ini, Najib menjawab surat kedua Mahathir kepada pengundi Johor dengan mendakwa bahawa Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu pernah beberapa kali menarik sokongan terhadapnya kerana tidak menjaga kroninya.

Najib juga mendakwa bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu sering memberi tekanan kepadanya untuk memberikan projek kepada kroninya ketika menjadi perdana menteri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI