fbpx

Segmen perubatan penyumbang terbesar pendapatan Scomnet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Supercomnet Technologies Berhad (Scomnet) mencatat pendapatan terkumpul 12 bulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 naik sebanyak 13.26 peratus kepada RM145.44 juta berbanding RM128.41 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Menurut kenyataan, peningkatan ini dipacu oleh kenaikan tempahan jualan dan penyelarasan harga jualan ekoran pertambahan kos barangan jualan.

Scomnet disenaraikan di pasaran ACE dan terlibat dalam pengilangan dan sub pengilangan kabel serta wayar untuk segmen perubatan, automotif serta industri.

“Berdasarkan kenaikan pendapatan, keuntungan selepas cukai terkumpul Kumpulan juga tumbuh sebanyak 7.61 peratus kepada  RM25.29 juta berbanding RM23.50 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya,” katanya.

Gambar hiasan

Bagi suku keempat  tahun kewangan (Q4FY21), Kumpulan merekodkan pertumbuhan dalam pendapatan sebanyak 12.16 peratus kepada RM43 juta berbanding RM38.34 juta Q4FY20. 

Keuntungan selepas cukai pula menurun 3.56 peratus kepada RM8 juta berbanding RM8.3 juta yang direkodkan pada Q4FY20. 

“Kami kekal optimis terhadap prospek jangka panjang Kumpulan seiring pertumbuhan permintaan yang terus meningkat dalam segmen produk perubatan selain bakal memperoleh beberapa pelanggan baharu dan produk pada masa depan,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah Scomnet, segmen perubatan merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan Kumpulan sebanyak 62 peratus berbanding 60 peratus tahun kewangan sebelumnya  manakala sumbangan daripada segmen automotif naik kepada 11 peratus berbanding lima peratus tahun sebelumnya.

Sumbangan pendapatan daripada segmen industri pula adalah sebanyak 27 peratus berbanding 35 peratus tahun kewangan sebelum.

“Menuju ke hadapan, segmen perubatan akan terus menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan Kumpulan diikuti oleh segmen automotif,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI